Assalamualaikum,
Bagi pembuat kuih2 tradisional yang menggunakan inti kelapa, mereka tahu tentang kelebihan inti yang dihasilkan dari parutan menggunakan parut kelapa tradisional berbanding dengan yang menggunakan mesin.
Menyedari perkara ini, saya telah membuat sebuah parut kelapa tradisional untuk kegunaan sendiri. Selepas siap, saya saja2 seronok share dengan kawan2 dalam grup wasap. Tak sangka 2 sahabat wanita dalam grup berminat dan menyuruh saya buatkan untuk mereka.
Dalam masa yang sama saya share dalam FB dan beberapa kawan pun berminat dan buat tempahan. Tak sangka, projek yang awalnya hanya projek DIY untuk kegunaan sendiri telah menarik minat beberapa orang kawan untuk menempahnya.
Selepas itu saya terpikir, why not? Mungkin ramai yang sedang mencari kukur kelapa jenis ini? Saya menyedari ada kukur kelapa jenis boleh lipat seperti ini dalam pasaran yang harganya jauh lagi murah. Saya pernah survey dan melihat dan membeleknya sendiri. Fungsi okay cuma ianya dibuat dari papan nipis, maka dari segi ketahanan anda pun mungkin dapat bezakan.
Untuk rekabentuk seperti ini memerlukan masa beberapa hari untuk membuatnya dengan penuh teliti, maka harga yang saya tawarkan adalah sangat wajar. InsyaAllah tahan lama...mungkin boleh diwarisi oleh anak cucu.
Saya juga ada buat perkhidmatan menukar bilah jika satu masa nanti bilah kukur anda jadi tumpul dan anda ingin menukarnya.
Kukur kelapa ini ada ciri keselamatan di mana bilahnya boleh dilipat dan ditutup. Tinggi ialah 6 inci untuk keselesaan dan tidak meletihkan lutut semasa memarut kelapa. Kayu yang digunakan ialah kayu lama semaada resak, merbau atau lain2 kayu yang tahan lama.
Harga: RM180
Saiz: 6' x 6'' x 18''.
Berat sekitar 4 kg.
Bahan: Resak/Merbau/Lain2 kayu lama yang mana ada dalam stok.
Berat sekitar 4 kg.
Bahan: Resak/Merbau/Lain2 kayu lama yang mana ada dalam stok.
Boleh buat tempahan jika berminat.
Whatsapp/SMS 012-6112654 (Azman)
Whatsapp/SMS 012-6112654 (Azman)
Whatsapp/SMS 012-6112654 (Azman)
Comments
Post a Comment